Monday, January 11, 2016

LAWATAN KERJA OLEH PRESIDEN ANGKASA KE KD10


 11 Januari 2016, Isnin -   Pihak koperasi sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara telah menerima kunjungan  Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Dato' Hj Abdul Fattah bin Hj Abdullah. 

Beliau mengucapkan tahniah di atas kerjasama erat pihak koperasi sekolah dengan pelajar-pelajar dalam membantu menyediakan barang keperluan sekolah yang mencukupi dengan harga yang berpatutan. Beliau menegaskan lagi hubungan baik seperti ini perlu diteruskan lagi untuk menjadikan perniagaan koperasi di sekolah berjaya. 

Wujudnya koperasi di sekolah adalah untuk membimbing dan melatih pelajar berniaga dan terlibat dengan urusan-urusan perniagaan. Harapan ini agar, pelajar mampu mencapai kecemerlangan dengan baik sama ada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. 

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kerana pihak sekolah mampu memberi pulangan dividen sebanyak 50 peratus kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang mempunyai saham di koperasi sekolah. Ini adalah satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. 


Tahniah KD10. 

Turut hadir bersama-sama di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 ialah Prof. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hasan, Naib Presiden ANGKASA, En Mohamad Azmi bin Omaruddin, Pengerusi Angkasa Negeri Selangor, Pn Faridah bt A. Bakar, Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Utama, pegawai-pegawai pengiring dan wakil-wakil wartawan dari RTM, TV3, NSTP, Sinar Harian dan Bernama. 












Lawatan ke koperasi sekolah Sekolah Menengah Seksyen 10 Kota Damansara





Turut hadir ialah wartawan dari RTM, TV3, NST, Sinar Harian dan Bernama.