Thursday, December 31, 2015

SELAMAT DATANG KE KD10 PELAJAR BARU


SELAMAT DATANG KE KD10 PELAJAR-PELAJAR. 

Kami guru-guru mengalu-alukan kedatangan anda. 

Hari ini merupakan hari orientasi pelajar tingkatan 1 dan peralihan. Serentak dengan itu diadakan juga program sarana ibu bapa. 

Murid-murid akan bersama guru kelas masing-masing untuk pemilihan jawatankuasa kelas, penyerahan rekod maklumat pelajar, pengambilan buku teks dan jadual waktu pembelajaran. 

Ramai ibu bapa turut hadir untuk program ini. Program dimulakan dengan ucapan PK Petang, Pn Norizan bt Osman dan diikuti oleh ucapan yang berbahagi En Abd Ghaffar bin Bakar, pengetua SMK Seksyen 10 Kota Damansara. 

Apabila murid-murid bergerak masuk ke kelas bersama guru-guru kelas masing-masing, ibu bapa pula mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dato Shakir Hussin bin Khalid selaku YDP PIBG sekolah. Tinggi hasrat yang diaspirasikan oleh YDP untuk penglibatan ibu bapa dengan program sarana ini. Diharapkan, ibu bapa penjaga dapat memberikan sokongan terhadap program-program yang dianjurkan di sekolah. 

TAHNIAH !! KERANA MEMILIH KD10 SEBAGAI TEMPAT UNTUK MENERUSKAN LAGI KECEMERLANGAN ANDA DI MASA AKAN DATANG.