Monday, February 2, 2015

SEJARAH SEKOLAH





SMK Seksyen 10 Kota Damansara dimulakan pembinaannya sejak tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001. Ia mula ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dengan pelantikan rasmi pengetua iaitu Encik Ghumiat bin Kamdi. Sekolah mula beroperasi pada 3 januari 2001 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara pada sesi petang. 

Mulai 2 Januari 2002, sekolah mula beroperasi di premis sendiri terletak di Seksyen 10 Kota Damansara di atas sebidang tanah seluas 10.13 ekar sehingga tahun 2015, sekolah mempunyai 98 orang guru, 1827 orang pelajar dan 9 orang staf sokongan. Tingkatan tertinggi adalah tingkatan 5. Mulai tahun ini juga persekolahan menjadi 2 sesi. Sesi pagi tingkatan peralihan, tingkatan 3, 4 dan 5. Manakal sesi petang pula untuk tingkatan 1 dan 2. Sekolah juga mula membuka 2 kelas Aliran Agama (KAA). 

Tahun 2007 mencatatkan lagi lakaran baru kerana pembukaan tingkatan 6 atas, sebuah kelas aliran sains dan 3 buah kelas aliran kemanusiaan, tingkatan 6 bawah juga sebuah kelas sains dan 3 buah kelas kemanusiaan serta tingkatan 1 kelas rancangan khas (KRK).